• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turun Penarafan Fitch Cerminkan Kesan COVID-19 Ke Atas Ekonomi

oleh
09/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Fitch Ratings menyemak turun penarafan Malaysia sebenarnya turut mencerminkan kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara dan bukan kemampuan Malaysia untuk membayar balik hutang semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Malaysia tidak pernah memiliki rekod tidak membayar hutang malah prestasi pembayaran hutang oleh Malaysia adalah amat baik.

“Keadaan ekonomi kita juga kukuh dan pelbagai, dengan purata kadar pertumbuhan pada 6.1 peratus bagi tempoh 1971 hingga 2019.

“Angka ini adalah antara tertinggi di dunia, di mana negara membangun mencapai tiga peratus pada tempoh yang sama. Ini menunjukkan pencapaian eksport dan rizab antarabangsa Malaysia berada pada tahap yang baik,” katanya dalam program Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen TV1 malam tadi.

Bicara Naratif yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar kali ini mengupas tajuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan Pembangunan 2021.

Mustapa berkata bagaimanapun kerajaan mengambil iktibar daripada penurunan penarafan tersebut dan akan membaiki kedudukan kewangan negara.

Beliau berkata Malaysia telah melalui pelbagai krisis ekonomi yang serius termasuk krisis kewangan pada 1997/1998 dan 2008.

“Apabila kita menghadapi krisis kewangan, ekonomi kita akan pulih dengan cepat dan berdasarkan rekod masa lalu, kita yakin akan dapat mengulangi pencapaian ini.

“Apapun, kita perlu ambil perhatian mengenai pengurusan kewangan, tadbir urus negara dan kestabilan politik. Kerajan komited untuk memastikan negara kembali pulih,” katanya.

Pada 4 Disember lepas, Fitch Ratings telah menyemak turun Penarafan Mungkir Penerbit (IDR) Mata Wang Asing Jangka Panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ daripada ‘A-‘ dengan prospek stabil berikutan impak krisis COVID-19 yang tidak hanya menjejaskan kredit metrik utama negara, tetapi juga negara-negara lain.

Pada masa sama, agensi penarafan antarabangsa itu turut mengiktiraf tindakan pantas pihak berkuasa menangani krisis itu dengan langkah-langkah bantuan penting untuk individu dan perniagaan yang terjejas. – BERNAMA

Tags: Ekonomi MalaysiaFitch RatingsMustapa Mohamedpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil Pada 2022 – Pakar Ekonomi

28/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup 4.5% Pada Suku Ketiga 2021

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd