• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DPN Jamin Kelangsungan Industri Pelancongan

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan hari ini bermatlamat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan dasar berkenaan secara dalam talian, berkata matlamat itu akan dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif,  serta kesediaan mengharungi bencana pada masa akan datang.

Katanya dasar berkenaan akan dilaksanakan menerusi enam teras strategik utama, iaitu  transformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang inklusif dan  menggiatkan digitalisasi pelancongan.

Teras lain kata perdana menteri ialah memperkaya pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuh komitmen terhadap pelancongan lestari, dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua subsektor pelancongan.

Muhyiddin berkata kerajaan sedar negara memerlukan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan semula industri pelancongan.

“Sehubungan itu, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital adalah penting bagi memastikan objektif dasar ini dapat dicapai.

“Tambahan pula, kemajuan teknologi juga dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka jalan bagi subsektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Dengan ini, pelaburan pelancongan yang berpusatkan teknologi adalah digalakkan,” katanya.

Beliau berkata melalui DPN, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones bagi meningkatkan kerjasama awam-swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa.

Tegasnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga komited untuk mengimbangi pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara termasuk alam sekitar, budaya dan warisan.

“Matlamat kita ialah untuk menjenamakan Malaysia sebagai Top of Mind Ecotourism Destination of the World. Saya juga yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan,” tambahnya.

Perdana menteri berkata usaha itu selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Justeru, beliau berharap strategi yang terkandung dalam DPN 2020 – 2030 akan mendapat sokongan padu dan kerjasama penuh semua pihak, terutamanya penggiat industri, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan pemegang taruh berkaitan.

Muhyiddin berkata  pada 2019, industri pelancongan negara menyumbang 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai RM240.2 bilion serta melibatkan 3.6 juta tenaga kerja.

Bagaimanapun, katanya kehadiran pandemik COVID-19 menjejaskan aktiviti ekonomi berkaitan industri pelancongan dengan kerugian pada tahun ini dianggar melebihi RM100 bilion.

Beliau berkata kerajaan sedar pelaksanaan beberapa peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak itu telah memberikan impak yang besar kepada industri pelancongan negara.

Katanya Majlis Tindakan Ekonomi Negara menjangkakan Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk memulihkan semula industri pelancongan, iaitu satu tempoh yang agak panjang dan akan memberikan cabaran besar kepada semua pihak terlibat dalam industri berkenaan.

“Saya percaya, di peringkat awal ini kita boleh menjana semula industri pelancongan negara dengan merancakkan aktiviti pelancongan domestik, sementara sempadan masih ditutup dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong dalam negara,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: DPN 2020-2023Pelancongan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd