• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dividen ASB 4.25 Sen, Pengagihan Ehsan 0.75 Sen

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengagihan pendapatan ASB itu merangkumi 4.25 sen seunit dan pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama pemegang unit sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, ia membabitkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat COVID-19.

“Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASB secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn. – BH Online

INFO: Dividen ASB 2010-2020

2020: 4.25 + 0.75

2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50

2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50

2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15

2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25

Tags: amanah saham bumiputeraASNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ASNB Benar Pengeluaran Dalam Talian

20/04/2020
0

ANAK syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam...

Suasana Muram Ekonomi, Pasaran Saham Mungkin Jejas ASB

16/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Saban tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia sering memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd