• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Da’i Syed Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii

oleh
10/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Da’i Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii Oktober lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap penuntut, 22.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Blok Empire City, Damansara Perdana pada jam 4 pagi 17 Oktober lalu.

Didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sampai 20 tahun atau sebat.

Prosiding kes dikendali oleh Timbalan Pendakwaraya Vitiya Monisha Paranthaman manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.

Terdahulu, Vitiya tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin dan kesalahan serius serta bimbang mengganggu mangsa.

Namun, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 jika mahkamah membenarkannya dengan syarat tambahan.

Bagaimanapun Syed Amirul meminta tertuduh dibenarkan jamin kerana walaupun kes itu tidak boleh dijamin namun mahkamah tetap mempunyai budi bicara.

“Tiada risiko anak guam saya akan melarikan diri selain dia memberi kerjasama kepada polis sepanjang siasatan.

“Saya juga memohon mahkamah menetapkan jaminan yang minimum memandang pendapatannya terjejas kerana Covid-19,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan syarat tambahan iaitu dia tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 1 hari bulan dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah juga menetapkan 21 Februari tahun depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Syed tiba di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya pada 10.10 pagi dibawa oleh polis dengan keadaan bergari.

Dia yang memakai baju T-Shirt berwarna biru kelihatan tenang.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 November lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. – myMetro Online

Tags: pendakwah selebritiSeks Luar Tabii
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

09/12/2025
0

PASIR MAS: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyan di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan...

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd