• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Belanjawan 2021 Bacaan Ketiga Lulus

oleh
15/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 selepas bacaan ketiga yang diputuskan melalui undian belah bahagian. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 111 menyokong, 108 menolak dan seorang tidak hadir.

Undian belah bahagian dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi belah bahagian.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga menerusi undian belah bahagi.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz itu diluluskan bacaan kali ketiga selepas dua bacaan sebelum ini diluluskan dengan sokongan sebulat suara.

Sebaik keputusan dibacakan, Tengku Zafrul bangun untuk mengemukakan permintaan supaya usul RUU Perbekalan 2021 dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

“Bahawa dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 406), membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada RM69 bilion dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2021.

“Dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah maksud Pembangunan atau ‘P’ dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.

“Yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 2020, adalah diuntukkan di bawah maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai berkenaan,” katanya.

Seorang Ahli Parlimen daripada kerajaan bangun untuk menyokong usul dibentangkan Tengku Zafrul.

“Yang Dipertua, kelulusan belanjawan ini membuktikan Perikatan Nasional adalah kerajaan prihatin dan saya menyokong usul ini,” katanya.

Azhar kemudian mengumumkan RUU Perbekalan 2021 diluluskan selepas mendapat persetujuan dalam kalangan majoriti Ahli Parlimen.

“Maka, usul RUU Perbekalan 2021 ini disetujukan,” katanya disahut dentuman meja oleh penyokong kerajaan manakala terdapat juga laungan ‘pengkhianat’. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Tapah yang juga Menteri Sumber Manusia M Saravanan serta P Prabakaran (PH-Batu) mengundi dari Galeri Awam kerana masih dalam kuarantin Covid-19 dengan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE). – myMetro Online

Tags: belanjawan 2021RUU Perbekalan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengurusan Genting Tak ‘Sorok’ Pekerja Positif COVID-19

Next Post

5 Bekas EXCO Perak Dilantik Semula

Related Posts

Jaringan Prihatin, Rapatkan Jurang Digital Masyarakat

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Jaringan Prihatin, inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan...

Kadar Pengangguran Dijangka Turun Tahun Ini

24/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus pada Disember...

Next Post

5 Bekas EXCO Perak Dilantik Semula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd