• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen BN Kekal Pendirian Sokong Belanjawan 2021

oleh
15/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengulangi keputusan parti itu yang berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 untuk diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen BN memegang mandat parti dan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menyatakan sokongan terhadap perkara itu.

“Kita pegang mandat parti dan ketetapan MKT, kerana jika kami melanggarinya kami boleh dipecat daripada parti. Justeru kami 42 orang pegang keputusan parti,” ciapnya di laman Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan secara peribadi turut menyatakan pendirian sama menyokong Belanjawan 2021 agar ia dapat diluluskan di Dewan Rakyat.

“Adakah saya akan undi di #DewanRakyat untuk #Bajet2021? Jawapannya YA, saya sokong #Belanjawan2021 ini dan mengundi agar ianya diluluskan,” ciapnya di laman Twitternya hari ini.

Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian turut menyifatkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berjaya melaksanakan tugas beliau dengan baik.

“Tentang #KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan #moratorium masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada syarat-syarat yang sukar,” ciapnya lagi.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 hari ini.

Mereka berpandangan, dengan penolakan Bil (Rang Undang-Undang) Pembekalan itu, ia boleh diterjemahkan sebagai penolakan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan lemah dan tidak mementingkan rakyat.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, mereka berdua juga mengharapkan agar kerajaan sedia ada dapat ditolak dan diganti dengan kerajaan yang lebih kukuh demi masa depan negara. – Sinar Harian

Tags: ahli parlimen BNbelanjawan 2021
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Utama Kepentingan, Kebajikan Rakyat

Next Post

Daftar Perniagaan Percuma Untuk Belia, Ibu Tunggal B40

Related Posts

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

22/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk...

Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai Calon PM

Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai Calon PM

22/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat hari ini memutuskan tiga perkara berkaitan pembentukan kerajaan baharu pencalonan...

Next Post

Daftar Perniagaan Percuma Untuk Belia, Ibu Tunggal B40

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd