• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Agong Ucap Selamat Menyambut Krismas

oleh
24/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan ucap selamat kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambut Krismas, esok.

Baginda berdua turut menzahirkan harapan supaya perayaan Krismas membawa keamanan, kemakmuran, perpaduan dan kegembiraan kepada semua yang menyambutnya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, baginda bertitah supaya rakyat tidak gusar dan bersedih kerana tidak dapat meraikan perayaan itu seperti kelaziman ekoran penularan wabak Covid-19.

“Walaupun perayaan ini terpaksa disambut dengan pelbagai peraturan dan larangan, rakyat perlu bersyukur dan bergembira kerana masih dikurniakan kesihatan untuk bersama keluarga dan insan tersayang,” titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Ahmad Fadli berkata, baginda turut menasihati rakyat dalam meraikan perayaan ini supaya berwaspada dan berdisiplin menjaga keselamatan serta kesihatan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan serta pihak berkuasa.

“Baginda berdua turut mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan selamat menyambut tahun baru kepada seluruh rakyat jelata sempena sambutan perayaan tahun baru 2021.

“Baginda mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang untuk bersama mendoakan supaya Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta dikurniakan kemakmuran dan perpaduan berkekalan,” katanya.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah kini berada di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu sempena lawatan khas selama lima hari dan dijadualkan berangkat pulang ke tanah air, esok.

“Berdasarkan SOP ditetapkan kerajaan, baginda akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berangkat pulang dari Abu Dhabi dan sebaik mendarat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Al-Sultan Abdullah juga akan menyambut tahun baru 2021 di Istana Negara kerana baginda dinasihati menjalani kuarantin diri seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada mereka yang pulang atau masuk ke Malaysia dari luar negara,” katanya. – myMetro Online

Tags: krismasRaja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Yang di-Pertuan Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Yang di-Pertuan Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan Ibadah Korban Sunat peribadi bersempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd