• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN PAS Tak Jadi Menghadap Sultan Nazrin

oleh
08/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tidak jadi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah seperti dijadualkan di Istana Kinta hari ini.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya PAS, Razman Zakaria yang juga ADUN Gunung Semanggol ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

Menurutnya, pendirian PAS ketika ini adalah menyokong kerjasama Perikatan Nasional (PN) dalam kerangka pentadbiran lama.

“Untuk melantik yang baharu ini, kita belum ada keputusan, sokongan kita adalah bersama dalam jajaran PN terdahulu,” katanya.

Selain Razman, PAS diawakili ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Dalam pada itu, tiga pengerusi parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) Perak dilihat masuk ke Istana Kinta sebentar tadi untuk menghadap sembah Sultan Nazrin.

Mereka adalah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi.

Ketiga-tiga mereka tiba berasingan menaiki kenderaan masing-masing pada jam 2.55 petang.

Terdahulu, semua ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas negeri ini dipanggil menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta hari ini.

Pertemuan itu adalah atas perkenan baginda untuk mendengar sendiri pendirian mereka berhubung penubuhan kerajaan Perak yang baharu.

Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa parti itu sudah mendapat sokongan majoriti bagi melantik Menteri Besar Perak yang baharu. – Sinar Harian

Tags: ADUN PASkerajaan perakMenteri Besar Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasangan Tunang Dakwa Dipaksa Polis Lakukan Seks

Next Post

Agong, Permaisuri Zahir Takziah Keluarga Petugas PKD Pekan

Related Posts

Kerosakan Gua Matsoorat: Perak Tuntut Ganti Rugi

01/04/2021
0

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi daripada syarikat produksi drama yang menjalankan penggambaran...

Kerajaan Perak Arah Aktiviti Di Air Terjun Batu Dihentikan

18/01/2021
0

IPOH - Kerajaan negeri mengarahkan sebarang kerja-kerja termasuk aktiviti kuari di kawasan Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera, Segari di...

Next Post

Agong, Permaisuri Zahir Takziah Keluarga Petugas PKD Pekan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd