• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

888,000 Pekerja Asing Kawasan Berisiko Perlu Disaring

oleh
03/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 888,000 pekerja warga asing di enam kawasan berisiko tinggi perlu menjalani saringan Covid-19 yang dimulakan sejak Selasa lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi fasa pertama, sebanyak 100,000 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) akan diedarkan ke kawasan berkenaan iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan.

“Bagi 48 jam pertama pelaksanaan saringan itu, 367 klinik swasta dan hospital swasta di kawasan terbabit telah mendaftar diri untuk program berkenaan.

“Pada tempoh sama, 19,975 RTK-Ag telah diedarkan untuk digunakan bagi saringan pekerja asing,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan lebih banyak kit ujian saringan Covid-19 untuk digunakan dalam saringan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan KSM akan melaksanakan Program Saringan Covid-19 Bagi Pekerja Asing secara bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja asing yang tinggi, bermula 1 Dis lepas (Selasa).

Turut dilaporkan bagi membolehkan program dijalankan secara komprehensif, saringan akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama klinik dan hospital swasta. – myMetro Online

Tags: Covid-19pekerja warga asingujian saringan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd