• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

851 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian Hari Ini

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 menunjukkan penurunan dengan 851 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 68,020 kes dengan kebolehjangkitan 10,686 kes.

Menurutnya, Lembah Klang merekodkan 334 kes dengan 249 kes dilaporkan di Selangor manakala Sabah mencatatkan 249 kes diikuti Johor sebanyak 102 kes.

“Sebanyak 17 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (14 kes), Kluster Matambai (dua kes) dan Kluster PTS Sibuga (satu kes).

“Sehingga kini, terdapat 122 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM merekodkan dua lagi kematian dengan jumlah keseluruhan setakat ini 365 kes.

Beliau berkata, dua kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 63 dan 84 tahun di Hospital Queen Elizabeth dan mempunyai rekod penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan asma.

Katanya, KKM juga merekodkan lima lagi kluster baharu hari ini menjadikan 183 kluster masih aktif di seluruh negara.

“Kluster Desa Pinang membabitkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras dan Gombak dengan 25 daripada 120 individu yang disaring disahkan positif Covid-19.

“Bagi Kluster Impian membabitkan daerah Gombak dan hasil saringan setakat hari ini mengesan sembilan kes positif daripada 220 individu yang disaring.

“Kluster Baloi pula membabitkan Johor Bahru dan Pontian di Johor dengan 30 kes disahkan positif daripada 166 individu yang sudah disaring,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Jernai membabitkan kawasan Titiwangsa dengan 13 daripada 45 individu disahkan positif Covid-19 manakala Kluster Seri Wangsa juga membabitkan kawasan sama merekodkan lapan kes positif Covid-19.

Katanya, daripada jumlah kluster aktif, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes antaranya Kluster Batu Tujuh sebanyak 51 kes, Kluster Beringin (36 kes), dan Kluster Kaya (33 kes). – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd