• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Petugas Kesihatan HTAR Dijangkiti Covid-19

oleh
17/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pada masa ini, seramai 50 petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari, namun keadaan terkawal.

“Kesemua kontak diambil ujian calitan dan diletakkan di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) malah semua pesakit kepada kes juga menjalani ujian.

“Pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

“Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes Covid-19,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting.

“Orang awam juga diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Pihak JKNS akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19HTARJKNSpetugas kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anne Sudah Marah…Nama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dalam Tulisan Jawi

Anne Sudah Marah…Nama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dalam Tulisan Jawi

24/12/2025
0

Apabila Jawi Jadi Isu, Akal Jadi Mangsa Ada orang bila tengok tulisan Jawi, terus naik darah. Bukan kerana tulisan itu...

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd