• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Menyamar Pegawai Kanan SPRM, TPR Diberkas

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat individu yang masing-masing menyamar sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) ditahan selepas dipercayai meminta wang suapan RM60,000 kononnya bagi menyelesaikan kes siasatan suruhanjaya itu.

Tiga lelaki berusia 39 hingga 54 tahun itu diberkas dalam satu perangkap di sebuah hotel di Putrajaya pada jam 4.30 petang pada Rabu manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di Melaka pada jam 8.30 malam.

Perancang utama yang dikenali sebagai Datuk Roy yang mengaku sebagai Pengarah SPRM turut ditahan bersama-sama dua yang lain di hotel berkenaan.

Menurut sumber, keempat-empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan SPRM dan TPR telah meminta wang rasuah kononnya bagi menukarkan pertuduhan ke atas pengadu kepada seksyen kesalahan lebih ringan dan membuka semula akaun pengadu yang dikatakan dibekukan oleh SPRM.

Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan mengikut seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 22 Disember depan.

Dalam pada itu, SPRM menggesa semua pihak berhati-hati dengan individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai SPRM bagi meminta wang rasuah untuk menyelesaikan kes siasatan SPRM.

Kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini memandangkan tindakan tegas agensi itu menerusi pelbagai operasi yang dijalankan. – Sinar Harian

Tags: skandal rasuahSPRMtimbalan pendakwa raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd