• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,594 Kes Baharu Covid-19, 3 Kematian Hari Ini

oleh
28/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah 1,594 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 106,690 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 20,643 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 1,181 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 85,592 kes.

“Daripada jumlah kes baharu, tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan dalam negara pula 1,591 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 697 kes (43.7 peratus) di mana daripada jumlah ini, sebanyak 593 kes (85.1 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya pada sidang media Covid-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ia diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 194 kes (12.2 peratus) dan Johor sebanyak 191 kes (12.0 peratus).

“Sebanyak 108 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), Kluster Bakti (34 kes), Kluster Pagar Siput (6 kes), Kluster Tembok (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Pagar Bentong (5 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes) serta dan Kluster Kolam Air (3 kes).

“Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, pertambahan tiga kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 455 kes atau 0.43 peratus. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd