• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,295 Kes Baharu Covid-19, 7 Kematian Hari Ini

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 dengan merekodkan 1,295 kes dengan tujuh kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 87,913 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan 14,751 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu berkenaan terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 1,285 kes.

“Jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 1,052 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 72,733 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 481 kes dan daripada jumlah ini, sebanyak 356 kes adalah dari kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan. 

“Sabah yang melaporkan sebanyak 268 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 232 kes dengan 57 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 113 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan dalam negara antara 0.9 hingga 1.1 dan KKM masih berharap angka itu diturunkan kepada 0.3 hingga 0.5 untuk melandaikan lengkung jangkitan.

“Kadar kebolehjangkitan masih rendah daripada jangkaan dan KKM berharap jumlah itu dapat diturunkan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd