• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pengundi Gombak Saman Azmin Ali

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang Februari lalu.

Kesemua mereka, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Yohendra Nadarajan di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 November lalu dengan menamakan Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku defendan tunggal.

Melalui semakan mahkamah, kes itu ditetapkan Jumaat ini di hadapan Timbalan Pendaftar Maslinda Selamat.

Dalam penyataan tuntutan, kesemua plaintif berumur dari 36 hingga 64 tahun itu memohon perisytiharan antaranya Mohamed Azmin ialah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab selaku Ahli Parlimen Gombak terhadap kawasan parlimennya termasuk 10 plaintif itu.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa Mohamed Azmin melanggar kewajipan fidusiari, menipu selain memungkiri representasi yang dibuat terhadap kesemua plaintif dalam pilihan raya kawasan berkenaan.

Menurut kesemua plaintif, representasi yang dibuat Mohamed Azmin itu adalah dengan menawarkan diri untuk bertanding pilihan raya 2018 untuk menyingkirkan kerajaan pada ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN), dan pegawai awam yang korup.

Dakwa kesemua plaintif, Mohamed Azmin hanya mengetahui bahawa representasi diberikannya itu adalah palsu dan beliau hanya mahu mendapatkan undi serta tidak berusaha untuk memenuhi representasi berkenaan.

Kesemua plaintif mendakwa mereka bergantung kepada representasi tersebut dan mengundi defendan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Hak untuk mengundi yang dijaminkan di bawah Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah hak perlembagaan. Pengundi-pengundi termasuk kami melaksanakan hak tersebut dengan merujuk kepada representasi dikemukakan calon semasa proses pilihan raya.

“Defendan terikat kepada representasi yang dibuat olehnya dan manifesto PH yang digunakan untuk bertanding. Oleh itu, beliau tidak boleh bertukar sepenuhnya dengan menyertai kerajaan (sekarang) dengan ahli gabungan BN yang dikutuk sekeras-kerasnya ketika bertanding dahulu.

“Dengan memungkiri representasi berkenaan, defendan melanggar hak perlembagaan terutamanya prinsip demokrasi berparlimen dan demokrasi perwakilan yang membentuk sebahagian struktur asas perlembagaan,” kata mereka menerusi penyataan tuntutan.

Oleh itu, kesemua plaintif memohon deklarasi bahawa defendan melanggar kewajipan fidusiarinya dan tugas-tugas yang terhutang kepada plaintif selain melakukan penipuan terhadap mereka selain menuntut ganti rugi keterlaluan dan teladan, kos dan perintah lain difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Mohamed Azmin AliParlimen Gombakpengundi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Misi UMNO Kuasai Semula Kerajaan Dengan PAS

Next Post

Kementerian Diarah Kemuka Perancangan Projek Tahun 2021

Related Posts

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi...

Next Post

Kementerian Diarah Kemuka Perancangan Projek Tahun 2021

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd