• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Plantations Mulakan Penjualan Aset

oleh
27/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – TH Plantations Bhd memulakan usaha untuk menjual aset kumpulannya dalam tempoh 12 bulan akan datang berikutan persekitaran operasi yang mencabar akibat COVID-19.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, TH Plantations berkata, pelaburan dalam Bumi Suria Ventures, Maju Warisanmas, TH PELITA Meludam, TH PELITA Beladin, TH PELITA Simunjan, TH PELITA Gedong dan TH PELITA telah dikenal pasti sebagai aset pegangannya untuk dijual dan menjangkakan langkah pelupusan aset itu selesai dalam tempoh setahun.

“Pandemik dan penutupan pintu sempadan Malaysia sejak suku pertama menjadikan keadaan operasi mencabar.

“Sekatan ke atas pengambilan pekerja asing baharu terus menjejaskan pengeluaran perladangan pada suku semasa,” menurut TH Plantations dalam kenyataan hari ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Penjualan 70 peratus kepentingan ekuiti dalam THP-YT Plantation Sdn Bhd telah selesai pada suku ketiga 2020, dengan kerugian bersih sebanyak RM7.94 juta.

Syarikat perladangan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM15.77 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2020, daripada kerugian bersih sebanyak RM31.61 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM167.43 juta daripada RM136.01 juta sebelum ini.

Katanya, pendapatan yang lebih baik pada suku tahun itu sebahagian besarnya berikutan purata harga jualan untuk produk sawit yang lebih tinggi dan perubahan nilai saksama aset biologi berjumlah RM20.83 juta.

Katanya purata harga jualan untuk minyak sawit mentah (MSM), tandan buah segar (FFB) dan isirung sawit (PK), masing-masing naik sebanyak 32.59 peratus kepada RM2,540.09 satu tan, 46.35 peratus kepada RM505.62 satu tan dan 28.45 peratus kepada RM1,419.61 satu tan.

Bagaimanapun, pengeluaran FFB merosot 4.14 peratus berbanding suku tahun sama tahun lalu.

Sementara itu, kumpulan terus mencatatkan prestasi yang baik di peringkat operasi.

“Walaupun terdapat peningkatan di peringkat operasi, kemajuan Pelan Pemulihan Strategik kumpulan, yang termasuk rasionalisasi aset, terus menjadi kunci kepada kemampanan jangka panjang TH Plantations,” katanya.

Syarikat yakin paras semasa harga jualan untuk produk sawit akan kekal sepanjang baki tahun ini dalam persekitaran musim pengeluaran yang rendah, kekurangan tenaga kerja dan paras inventori minyak sawit yang rendah di negara ini. – BERNAMA

Tags: Tabung HajiTH Plantations
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2,555 Sembuh, 3 Kematian, 935 Kes Baharu Covid-19

Next Post

Kerajaan Kaji Kurangkan Kadar Tol

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

Kerajaan Kaji Kurangkan Kadar Tol

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd