• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

i-Sinar KWSP Diperluas Kepada Semua Ahli Terjejas

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada kesemua lapan juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tidak kira sama ada pencarum telah hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1.

“Tanpa mengira sama ada ahli tersebut merupakan pekerja di sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 KWSP,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata pencarum hanya perlu hadir ke cawangan KWSP dengan membawa bukti kehilangan pekerjaan, notis atau cuti tanpa gaji, potongan gaji serta elaun atau kerja lebih masa, mahupun pengurangan pendapatan sekiranya bekerja sendiri atau boleh memohon secara dalam talian.

Tengku Zafrul berkata kerajaan terus peka dan mendengar semua rungutan ahli dan cetusan pendapat daripada kalangan Ahli Parlimen mengenai syarat yang terlalu ketat.

Setiap langkah melibatkan pengeluaran KWSP perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab kerana amanah yang dipikul adalah untuk semua ahli, baik mereka yang mahu mengeluarkan dan juga bagi ahli yang tidak mahu, katanya.

Beliau berkata akhirnya, adalah tanggungjawab kerajaan untuk mencari titik keseimbangan di antara keperluan pengeluaran hari ini dengan keselamatan persaraan untuk hari esok.

“Majoriti caruman KWSP akan dilaburkan ke dalam instrumen pelaburan jangka panjang dan bukan dalam bentuk tunai. Oleh sebab itu, setiap pengeluaran luar jangka seperti ini memerlukan perincian dan pertimbangan yang rapi.

“Segala isu berkaitan Akaun 1 KWSP berbalik kepada mencari satu titik keseimbangan di antara pengeluaran untuk kelangsungan hidup hari ini dan menjamin kesejahteraan persaraan masa hadapan,” katanya.

Program i-Sinar sebelum ini hanya membenarkan pengeluaran oleh kira-kira dua juta pencarum dengan had maksimum pengeluaran RM9,000, bergantung kepada baki caruman di dalam Akaun 1. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021i-SinarKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd