• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB Di 3 Lagi Mukim Bermula 7 November

oleh
05/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mukim Parit Buntar, Perak; Mukim Rasau, Dungun, Terengganu dan Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 7 November hingga 20 November ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini turut membentangkan situasi semasa kes Covid-19 di Mukim Parit Buntar, Perak.

“Sehingga 3 November, KKM mengesahkan sebanyak 12 kes positif Covid-19 direkodkan dan penilaian risiko oleh KKM menunjukkan trend peningkatan kes terus berlaku di mukim ini.

“PKPB ini akan membabitkan seramai 45,359 orang penduduk dengan jumlah 7,847 unit rumah di mana pelaksanaan PKPB ini juga bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di mukim ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPB di Mukim Rasau, Dungun, Terengganu pula apabila KKM melaksanakan 2,823 saringan dan mengesahkan sebanyak 25 kes positif Covid-19 direkodkan di mukim ini, setakat semalam.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPB membabitkan seramai 43,687 orang penduduk.

“PKPB Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan pula selepas saringan KKM mendapati sebanyak 11 kes positif Covid-19 direkodkan dalam masa seminggu dan kesemuanya adalah kes bergejala setakat 3 November,” katanya.

Beliau berkata, PKPB ini akan membabitkan 24,540 orang penduduk di mana pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di mukim ini. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd