• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Bayar Dividen Tambahan RM10 Bilion

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah meluluskan bayaran dividen tambahan sebanyak RM10 bilion kepada kerajaan Persekutuan menjelang akhir November 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Syarikat minyak nasional itu berkata ia sebelum ini komited untuk mengekalkan pembayaran dividen RM24 bilion yang dijadualkan kepada kerajaan berdasarkan prestasi tahun kewangan 2019, dan mengesahkan bahawa syarikat itu telah membayar dividen sepenuhnya seperti yang dirancang untuk tahun ini.

“Dalam menentukan sama ada dividen tambahan ini mampu dibayar, pihak lembaga Petronas pertama sekali berpuas hati bahawa syarikat masih mampu membiayai operasinya dengan selesa, membayar hutang dan memenuhi kewajipannya serta melabur untuk pertumbuhan masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Petronas, ia tetap tegas dalam usahanya mengekalkan simpanan tunai dan memperkukuh daya tahan kewangannya dalam situasi yang tidak menentu ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Petronas akan membayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan tahun ini.  

Pada 2019, Petronas membayar dividen kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion. – BERNAMA

Tags: dividen petronas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Mohamed Sabri Selamat Dikebumikan

Next Post

Sekolah Vernakular Tak Dipinggir Dalam Belanjawan 2021

Related Posts

Hasil Tinggi Kerajaan 2019 Kerana Dividen Petronas – Najib

05/11/2020
0

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasil tinggi yang diperolehi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tahun lalu sebahagian...

Petronas Akan Bayar Dividen RM34 Bilion Kepada Kerajaan

03/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Petronas akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan pada tahun ini, meskipun mencatatkan kerugian pada...

Next Post

Sekolah Vernakular Tak Dipinggir Dalam Belanjawan 2021

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd