• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengkhianat: Shahrir Persoal Shahidan Ketuai PNBBC

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pemimpin veteran UMNO mempersoal pelantikan Shahidan Kassim sebagai pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) di sebalik kritikan ahli Parlimen Arau itu yang melabel mereka yang tidak menyokong Belanjawan 2021 sebagai ‘pengkhianat’.

Shahrir Abd Samad membangkitkan perkara itu sedangkan Shahidan merupakan wakil Barisan Nasional (BN) yang pada dasarnya tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Betul-betul terdesak sangat Shahidan sehingga tak sokong Belanjawan 2021 dah boleh jadi pengkhianat.

“Dia pula ahli Parlimen BN. BN bukan dalam PN pun, jadi macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan.

Shahrir menyifatkan tindakan Shahidan itu sebagai agresif dalam mempertahankan Belanjawan 2021 dengan berkata, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini apabila pihak yang menentang tindakan kerajaan dikecam.

Beliau berkata, pengkhianat sebenar adalah ahli Parlimen yang mewakili PPBM.

“Muhyiddin mengkhianati Dr Mahathir Mohamed; Mohamed Azmin Ali, khianati PKR, Anwar Ibrahim dan Mahathir. Hamzah Zainudin, Abdul Latiff Ahmad, Mustapha Mohamed dan lain-lain khianati UMNO dan Mahathir.

“Jadi PPBM sebagai pendokong utama PN penuh dengan ‘pengkhianat’. Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Belanjawan 2021,” katanya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, Shahidan berkata, pihak yang menolak Belanjawan 2021 adalah pengkhianat kerana rakyat, terutama yang kehilangan pekerjaan, menunggu bantuan kerajaan.

“Sesiapa sahaja yang menolak belanjawan ini, termasuk kawan saya, bekas menteri kesihatan, (kalau) tolak bajet, (maka) khianat rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021. – FMT

Tags: belanjawan 2021PNBBCShahidan KassimShahrir Samad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih – Najib

Next Post

PM Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin APEC Malam Ini

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO Bukan ‘Red Line’ Untuk DAP?

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO Bukan ‘Red Line’ Untuk DAP?

04/05/2023
0

Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan apakah kerjasama dengan Umno dalam kerajaan pusat kini bukan ‘red line’ (batasan) bagi akar umbi...

Next Post

PM Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin APEC Malam Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd