• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pengajaran Dari Zimbabwe”

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengajak semua pihak mengambil pengajaran daripada negara Zimbabwe, sebuah negara yang mengalami situasi “hyperinflation” atau inflasi luar kawalan, yang menyebabkan nilai matawang susut dengan mendadak. Ekoran kesan COVID-19 melanda dunia, kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia, terpaksa meningkatkan perbelanjaan dengan meminjam atau mengeluarkan hutang awam.

2. Persoalannnya, bolehkah kerajaan mencetak wang untuk diagihkan bagaikan wang dari helikopter agar setiap orang mempunyai wang untuk berdepan ekonomi sedang merudum? Meskipun kerajaan boleh mencetak wang, namun tidak bermakna ia boleh berbuat demikian dengan sewenang-wenangnya. Mencetak wang akan menambah tekanan penyusutan terhadap nilai ringgit kerana pasaran mata wang asing menjangkakan kerajaan akan mencetak lebih banyak lagi wang pada masa depan. 

3. Secara amnya, nilai Ringgit disokong oleh beberapa faktor iaitu Secara amnya nilai mata wang negara kita ini, disokong oleh 4 faktor berikut iaitu simpanan emas, simpanan mata wang asing, pengeluaran negara meliputi sumber asli atau hasil bumi, dan akhir sekali keyakinan pelabur terhadap kerajaan dan penetapan nilai mata wang negara. Mencetak wang dengan sewenang-wenangnya akan menyebabkan permintaan melebihi pembekalan, menyebabkan nilai barangan naik mendadak, seterusnya “hyperinflation” berlaku. Ini adalah teori asas ekonomi.

4. Sebagai contoh, rakyat Zimbabwe perlu membawa berkantung-kantung beg plastik untuk membawa wang bagi membeli barangan harian. Bayangkan, penjual meletakkan harga 5 biji telur dengan nilaian 100 billion dolar Zimbabwean pada sekitar tahun 2015. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) tidak mahu situasi sebegini berlaku di negara kita yang tercinta ini. Kita tidak mahu duit Ringgit umpama kertas yang tidak bernilai. 

5. Lima perkara yang boleh berlaku kepada negara sekiranya bank mencetak wang secara berleluasa dan diberikan kepada rakyat:

I. Nilai mata wang Ringgit akan jatuh merudum. Lihatlah dolar Zimbabwe dan Duit Penjajahan Jepun (Japanese Invasion Money) atau Duit Pisang. 

II. Kerajaan terpaksa mengapungkan mata wang baharu, bermakna Ringgit tidak lagi digunakan. Tiada lagi legasi negara sendiri.

III. Negara terdedah kepada penjajahan ekonomi apabila gagal membayar hutang akibat nilai ringgit sangat murah. Akibatnya, syarikat-syarikat asing ada hak untuk mengambil alih kawasan-kawasan perindustrian dalam negara

IV. Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan. Yang kaya terus kaya, yang miskin menjadi papa kedana. Jurang kemiskinan melebar dengan dahsyat.

V. Banyak bank akan muflis dan simpanan rakyat lenyap.

6. Bank negara amat berhati-hati dan berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan. Oleh itu, seharusnya kenyataan ekonomi dikeluarkan oleh mereka yang layak di dalam kerajaan agar kerajaan Perikatan Nasional terus mendapat kepercayaan rakyat, terutama ketika mengemudi negara pada waktu krisis luar biasa. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, cara terbaik untuk menolong rakyat, tanpa menjejaskan ekonomi negara adalah dengan pengeluaran wang simpanan rakyat melalui KWSP dan moratorium secara automatik agar ekonomi dirangsang dengan terkawal.

Malaysia Sejahtera!

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional
#PerikatanNasional
#PemudaIkatan
#IsuRakyat

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Timbalan Pengerusi IKATAN Kelantan

Tags: Covid-19DPIMIkatanmatawangZimbabwe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd