• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Di Sektor Pembinaan Bagi Yang Hilang Kerja

oleh
17/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya sedia menerima mereka di luar sektor pembinaan yang hilang pekerjaan ketika pandemik COVID-19 ini untuk dilatih dan ditempatkan dalam sektor berkenaan menerusi sebuah program khas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata program latihan kemahiran dan penempatan pekerja melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu dibangunkan dengan keutamaan diberi kepada pekerja tempatan dan latihan ‘reskill’ (latihan semula) serta ‘upskill’ (peningkatan kemahiran) akan diberikan.

“Mereka akan ditempatkan di Akademi Binaan Malaysia (ABM). Setakat ini, mereka akan ditempatkan di sektor pembinaan selama tiga bulan dan sehingga ini seramai 289 telah dilatih dan ditempatkan kerja,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang ingin tahu sama ada kementerian itu ada menjalankan latihan seumpamanya kepada mereka yang hilang pekerjaan di luar sektor pembinaan.

Dengan kebergantungan negara kepada pekerja asing, Fadillah mengakui sektor itu yang menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor-sektor separa mahir dan mahir, kekurangan pekerja tempatan.

Menjawab soalan asal Robert mengenai bilangan pelatih ABM, Fadillah berkata sejak ditubuhkan pada tahun 1997, kesemua enam ABM di bawah seliaan CIDB berjaya melatih 146,746 belia dan 274,555 personel binaan dalam pelbagai bidang kemahiran.

“Latihan dalam industri binaan di bawah ABM adalah satu daripada inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerja tempatan. Ia selaras usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19peluang pekerjaansektor pembinaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz

Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini mencecah RM260 bilion menjelang tahun 2030 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd