Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Permata Cinta Versi K-Pop...

NAMA Kim Dong Gyun masih asing di Malaysia namun di negara seberang, dia...

“Saya Dibawa Ke Hutan...

KUALA LUMPUR – Tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony...

KPWKM Gesa Polis Siasat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa polis menyiasat...

Pelajar Perubatan Malaysia Harumkan...

SERAMAI 10 orang pelajar perubatan dari Universiti Sains Malaysia-Karnataka Lingayat Education (USMKLE) tajaan Majlis...

Mesyuarat EAC Bincang Maklum Balas Kesan Akibat PKPB

KUALA LUMPUR – Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan membincangkan maklum balas golongan peniaga terhadap kesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dilaksanakan semula di seluruh negara kecuali di Perlis, Kelantan dan Pahang. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya telah menerima maklum balas daripada beberapa sektor termasuk sektor peruncitan, penjaja, peniaga kecil, pengendali tadika, pengusaha hotel dan restoran, pemandu teksi serta sektor informal lain mengenai kesan PKPB ke atas perniagaan mereka.

“Secara umum, sektor perniagaan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana mengalami banyak cabaran sejak PKPB dilaksanakan pada 14 Oktober, 2020.

“Sekretariat EAC akan membawa semua maklum balas ini kepada mesyuarat EAC pada minggu ini untuk dibincangkan. Antara cadangan daripada masyarakat perniagaan ini ialah supaya menyemak semula SOP PKPB bagi memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan dan kembali pulih secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada masa yang sama, semua pihak perlu memperkukuhkan tekad dan lebih kreatif mencari jalan bagi memastikan kehidupan seharian dapat disesuaikan dengan kebiasaan baharu supaya ia mampu diteruskan dengan sebaik mungkin serta berusaha melandaikan keluk pandemik COVID-19.

Peningkatan semula kes jangkitan COVID-19 di Malaysia turut menjejaskan pemulihan ekonomi yang sebelum ini mencatatkan prestasi pada suku ketiga tahun 2020 yang lebih baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup lebih kecil pada kadar 2.7 peratus berbanding dengan -17.1 peratus bagi suku kedua, kata Mustapa. – BERNAMA

Kategori