• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Atau Timbalan Diminta Hadir Sesi Bahas Belanjawan 2021

oleh
11/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu ketidakhadiran menteri atau timbalan menteri di Dewan Rakyat kembali dibangkitkan pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 hari ini, menyebabkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta seorang daripada mereka agar berada di dalam dewan semasa Ahli Parlimen membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021.

Azalina ketika membuat permohonan itu pada akhir sesi persidangan hari ini, berkata menteri atau seorang daripada timbalan menteri berkaitan perlu berada di dalam dewan semasa perbahasan bagi mendengar isu-isu yang dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen. 

“Jadi saya nak mintalah Menteri atau Timbalan Menteri yang ada dua (orang), tolonglah duduk dalam dewan bila perbahasan dilaksanakan oleh Ahli-ahli Parlimen sebab isu ini isu yang sangat penting kerana (berkaitan) belanjawan.

“Saya tahu semua orang sibuk, kita pun sibuk…jadi saya nak ulangi arahan daripada Speaker, (dan) saya nak minta, saya tidak mahu cakap lagi, tolonglah pesan kepada kawan-kawan kita, Menteri atau Timbalan Menteri salah satu kena ada sebab mereka kena dengar isu-isu.

“…ini saya tengok Menteri banyak tiada, saya faham semua orang sibuk tetapi ini isu belanjawan, isu yang begitu penting,” katanya.

Terdahulu, RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan perkara itu sebanyak dua kali pada sesi perbahasan hari ini iaitu selepas perbahasan oleh Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) dan Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Warisan-Kota Belud).

Ketika kali pertama membangkitkan perkara itu, Rayer memohon penjelasan adakah Menteri Kewangan atau dua Timbalannya hadir pada sesi perbahasan hari ini untuk mendengar serta memberi ulasan terhadap isu-isu dibangkitkan.

“Ini adalah masa yang begitu penting dan tuan Speaker telah memberitahu bahawa masa sekarang telahpun tiada ahli-ahli (Parlimen) yang hadir, sekurang-kurangnya kita ada Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dan Timbalan Menteri (Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah) untuk hadir.

“Inilah persoalan saya, bilangan…saya lihat hari itu tuan Yang Dipertua dah singkatkan kepada 80 orang, kadangkala tidak cukup bilangan, tetapi sekurang-kurangnya Menteri Kewangan, Timbalan-timbalan Menteri perlu hadir,” katanya.

Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudiannya mencelah dan menjawab: “Dia (Menteri Kewangan atau Timbalannya) berada di sini, kita tahu bahawa COVID-19 ini kita tidak boleh expose (terdedah) lebih daripada 15-20 minit (antara individu)…dia keluar sekejap, dia masuk balik, tidak ada masalah.”

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang ketika itu mempengerusikan mesyuarat berkata: “Yang Berhormat, tiada dalam peraturan bahawa mereka (menteri dan timbalan) mesti hadir di sini. Sekiranya mereka memantau telecast atau live streaming (dalam talian) maka mereka dapat menjawab nanti semasa penggulungan saya rasakan.” 

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimenbelanjawan 2021Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd