• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Letak Harapan Tinggi Pengeluar Vaksin COVID-19

oleh
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap pengeluar-pengeluar vaksin untuk memperoleh vaksin COVID-19 yang dijangka boleh digunakan seawal suku pertama tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan laporan terkini, terdapat 10 calon syarikat  terkemuka pengeluar vaksin telahpun melepasi ujian klinikal fasa ketiga dalam membangunkan vaksin COVID-19.

“Seperti kita diberitahu, Pfizer Inc BioNTech SE didakwa mempunyai keberkesanan 90 peratus. Ini satu perkembangan yang sihat dan baik. Kita yakin banyak lagi ‘leading candidates’ dalam dunia seperti Gamaleya Research Institute yang mengeluarkan vaksin juga telah melepasi (ujian klinikal) fasa ketiga yang boleh kita lihat sebagai peluang untuk kita berikan pelalian atau vaksin kepada rakyat kita.

“Bagaimanapun, vaksin dari China masih belum dapat kita ketahui hasil (ujian klinikal) fasa ketiga vaksin mereka…kita masih belum selesai berunding,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Namun, Datuk Seri Dr Adham berkata perolehan vaksin COVID-19 di negara ini bergantung kepada penelitian terperinci terhadap kualiti, keselamatan, implikasi dan pendaftaran yang dilaksanakan di negara tersebut untuk vaksin yang dikeluarkan.

Sementara itu, menjawab sama ada bekas pesakit COVID-19 boleh dijangkiti semula virus itu, Dr Adham berkata peluang adalah rendah berbanding mereka yang tidak pernah dijangkiti.

Beliau berkata kadar penyembuhan COVID-19 turut menunjukkan peningkatan dengan 73 peratus direkodkan semalam berbanding 65 peratus pada dua minggu lepas, sekali gus membuktikan protokol dan rejim rawatan yang dilaksanakan di hospital serta pusat rawatan di negara ini bertepatan dengan pendekatan kesihatan awam.

Mengulas mengenai peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Lembah Klang, beliau berkata peningkatan kes itu adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja dan tapak pembinaan dengan tahap kebolehjangkitan di kawasan tersebut adalah tinggi kerana ada pergerakan selain kurang pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

“Dengan adanya peningkatan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  ini menunjukkan bahawa kita perlu lebih memperketatkan tindakan dan pematuhan, penguatkuasaan serta pemantauan. Hendaklah kita meneruskan langkah-langkah pencegahan dan kawalan, teruskan pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu.

“Ini tanggungjawab semua, tidak kira siapa. Bagi kluster tempat kerja, tanggungjawab pekerja dan majikan yang paling penting. Untuk itu majikan berperanan penting memastikan anak buah mereka atau pekerja mereka sentiasa dilindungi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Adham BabaKKMvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd