• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Luah Kesunyian, Ramai Sahabat Sudah Meninggal

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.

Menurutnya, terbaharu Khalid Julong menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan pemergian sahabatnya itu disifatkan sebagai tamatlah satu generasi pejuang Melayu.

“Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian,” katanya menerusi hantaran di laman webnya, Che Det hari ini.

Mengimbau detik perkenalan, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau dan Khalid bersama selepas tamat sahaja perang Dunia Kedua.

“Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya,” katanya.

Menurutnya, British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka.

“Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka,” katanya.

Dalam hantaran itu, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham Khalid dirahmati ALLAH SWT.

Sebelum ini, dalam wawancara pada Oktober tahun lalu, Dr Mahathir berkata, kesemua sahabat lamanya sudah meninggal dunia kecuali Khalid dan Osman Kuda yang juga berusia 90-an. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd