• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Umum Tak Sertai Perbahasan Belanjawan 2021

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kerana keabsahan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat ditentukan.

Tengku Razaleigh menjelaskan pendiriannya itu menerusi surat bertarikh 19 November lalu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

“Oleh kerana kesahihan kerajaan kini masih belum ditentukan, saya terikat dengan suara hati dan sumpah jawatan yang telah saya lafazkan.

“Maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan,” kata Tengku Razaleigh menerusi surat itu.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu menjelaskan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada perdana menteri dan jemaah menteri sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting perlembagaan.

“Mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada Perdana Menteri dan para Menteri beliau sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting Perlembagaan.

“Ia akan menghasilkan akibat buruk dalam usaha kita mendukung Perlembagaan dan mempertahankan Kedaulatan Undang-Undang.

“Ia juga mungkin mengakibatkan penggunaan rasuah politik untuk mengekalkan kuasa dan ini bercanggah dengan Perlembagaan.

“Setelah meneliti perkara ini saya berpendapat bahawa pada hakikatnya ‘rasuah politik’ akan menjahanamkan sistem demokrasi berperlembagaan kita dari dalam tidak ubah seperti ulat yang memusnahkan tunas dan bunga tanpa disedari.

“Pendapat di kalangan orang ramai ialah ‘rasuah politik’ dan wang akan memusnahkan negara tercinta ini dan sistem politik kita,” katanya.

Pada 25 September yang lalu, Tengku Razaleigh mengutus surat kepada Azhar dan menggesa agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Namun Azhar dalam surat balasnya mencadangkan agar veteran UMNO berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan bagi memastikan usul tidak percaya itu dibentangkan.

Menerusi surat terbaharu ini, Tengku Razaleigh menyanggah cadangan yang dikemukakan oleh Azhar itu dengan hujah menteri undang-undang tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak.

“Mencadangkan isu sebegitu penting tertakluk kepada persetujuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) adalah tidak mematuhi perlembagaan dan merupakan pencerobohan terhadap kebebasan dan kemerdekaan Dewan Rakyat daripada segala jenis kawalan oleh Badan Eksekutif,” katanya.

Terdahulu, satu surat dalam bahasa Inggeris didakwa ditulis Tengku Razaleigh Hamzah menjadi tular di media sosial pada Ahad.

Pejabat Ahli Parlimen Gua Musang itu memaklumkan surat itu bukan yang sebenar dihantar kepada Speaker.

Perkara ini disahkan Tengku Razaleigh melalui posting di akaun Twitter rasminya pada Isnin. – Astro AWANI

Tags: belanjawan 2021Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1.7 Juta Pelajar ‘Miskin Digital’?

Next Post

Lanjutan Tempoh Konsesi PLUS Belum Dimuktamad

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

Lanjutan Tempoh Konsesi PLUS Belum Dimuktamad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd