• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor, Subkontraktor SUKE Dikenakan Penalti RM180,000

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti berjumlah RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak pada 19 September sehingga menyebabkan kepingan konkrit terjatuh menghempap sebuah kereta.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam satu kenyataan hari ini, kontraktor utama,MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd, RM100,000.

Kedua-dua kontraktor berkenaan masing-masing dikenakan penalti mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 iaitu kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

“Hasil siasatan CIDB mendapati subkontraktor turut tidak mengikut prosedur kerja yang betul dan mempunyai penyelia tapak yang tidak diakreditasi.

“Berikutan itu, subkontraktor berkenaan telah diarah membuat penambahbaikan dalam prosedur  keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi,” menurut kenyataan itu.

CIDB turut mengarahkan subkontraktor berkenaan melakukan audit keselamatan oleh pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak bina.

“Sepanjang siasatan, kedua-dua syarikat memberikan kerjasama yang baik termasuk membuat aku janji untuk meningkatkan prosedur dan pelaksanaan kerja yang lebih selamat,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian 19 September, seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang mengakibatkan keretanya remuk dan kecederaan pada tangan kirinya. – BERNAMA

Tags: konkrit hempap keretaLebuhraya SUKE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Warga China Tersepit Berjaya Dibawa Keluar

24/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Selepas hampir 48 jam, mayat seorang pekerja warga China yang terhimpit di antara struktur besi akibat komponen...

Proses Keluarkan Mayat Insiden Komponen Kren Jatuh Diteruskan

23/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd