• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes COVID-19 Libatkan Petugas Media, Pegawai Senator

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat dua kes positif COVID-19 yang dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Rabu dan Jumaat lepas, kata Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin.

Beliau berkata dua kes positif itu melibatkan seorang petugas media dan seorang pegawai kepada ahli Dewan Negara. 

“Kedua-dua kes yang positif itu telah pun diambil tindakan lanjut oleh Kementerian Kesihatan sejurus selepas keputusan ujian saringan diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada beberapa laporan media semalam berhubung isu individu yang bertugas di Parlimen positif COVID-19. 

Ujian saringan yang dijalankan sebelum Dewan Rakyat bersidang itu melibatkan semua pegawai, kakitangan Parlimen termasuk polis bantuan, media rasmi dan Ahli Parlimen.

Bagaimanapun beliau berkata menerusi ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan itu, semua kakitangan Parlimen adalah negatif dan bebas daripada jangkitan COVID-19. 

Beliau berkata pihak Parlimen telah menjalankan pelbagai usaha serta persediaan sewajarnya bagi mengekang penularan wabak COVID-19 untuk memastikan kelancaran persidangan dan pembentangan Belanjawan 2021 yang akan diadakan Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: Covid-19Parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd