• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isytihar Darurat Di Gerik, Bugaya Bergantung MKN, KKM

oleh
24/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya yang bakal berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kedua-dua wakil rakyatnya meninggal dunia, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun ia bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata bagi Batu Sapi, Jemaah Menteri membuat keputusan untuk meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya darurat diisytiharkan berpandukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, selepas melihat kepada situasi COVID-19 di Sabah.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 November lepas, mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, yang sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu yang ditetapkan pada 5 Disember.

Takiyuddin berkata antara masalah di Parlimen Batu Sapi adalah pematuhan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN yang berkemungkinan besar tidak dapat dipenuhi sepenuhnya, selain pelantikan petugas pilihan raya apabila sehingga 6 November, hanya 143 daripada 834 petugas yang sanggup bertugas.

“Begitu juga Kementerian Kesihatan memaklumkan kekangan untuk sediakan pegawai dan kakitangan kesihatan bagi mengendali pengundi-pengundi di Batu Sapi yang berjumlah lebih 32,000 orang.

“Atas dasar itu, kerajaan berpendapat pengisytiharaan darurat adalah sangat tepat dan langkah diambil Yang di-Pertuan Agong amat bertepatan (dengan) Perlembagaan. Ia bukan sekali-kali satu tindakan bercanggah amalan demokrasi,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian dalam Waktu Pertayaan-pertanyaan Menteri, menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (UMNO-Pontian) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya, Sabah dan Parlimen Gerik, Perak. – BERNAMA

Tags: daruratDUN BugayaParlimen GerikPilihan Raya Kecil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota PGA Maut Ditembak – KPN

Next Post

Muhyiddin Hargai Sumbangan Abu Kassim Perangi Rasuah

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

KKM Bersedia Jika Kerajaan Isytihar Darurat

KKM Bersedia Jika Kerajaan Isytihar Darurat

16/05/2023
0

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang haba semakin membimbangkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Menterinya, Dr...

Next Post

Muhyiddin Hargai Sumbangan Abu Kassim Perangi Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd