• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insentif M40 Tak Berkurang Melalui Belanjawan 2021

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mengurangkan inisiatif kepada kumpulan M40 melalui Belanjawan 2021 apabila kira-kira RM10 bilion diperuntukkan sebagai bantuan kepada golongan itu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata peruntukan diberikan membabitkan insentif seperti pembayaran cukai yang dikurangkan satu peratus bagi mereka berpendapatan RM50,000 hingga RM70,000 setahun.

Beliau berkata, selain itu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dikurangkan kepada sembilan peratus daripada 11 peratus yang pastinya banyak membantu golongan M40.

“Ini memberi lebih kurang RM90.3 bilion yang masuk ke dalam ekonomi. Pelbagai lagi insentif cukai diberikan kepada M40 dan bantuan pembayaran bersasar yang dimudah cara untuk golongan terkesan.

“Ia termasuk juga moratorium yang mana peminjam termasuk M40 perlu hanya membuat deklarasi sendiri seperti hilang pekerjaan dan pendapatan untuk mendapatkan lanjutan moratorium secara automatik,” katanya melalui wawancara yang disiar secara langsung di TV3 malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan kononnya Belanjawan 2021 tidak begitu memihak kepada golongan M40.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan tidak boleh hanya melihat aspek jangka pendek bagi membantu golongan M40 dan B40, sebaliknya perlu juga ada perancangan jangka panjang.

Beliau berkata, ia termasuklah dengan perancangan kerajaan mewujudkan sebanyak 500,000 pekerjaan bagi memastikan golongan itu lebih bersifat lestari dalam jangka panjang. – BH Online

Tags: belanjawan 2021M40
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd