• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Implikasi Besar Jika Belanjawan 2021 Tak Diluluskan

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekiranya Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat di sini, tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan ketidaktentuan dalam konteks keselamatan dan sosial negara, menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu A. Aziz.

Beliau yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, jika Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 itu tidak diluluskan, implikasinya adalah sangat besar, serius dan berbahaya.

Katanya, kerajaan tidak dapat menggunakan wang perbendaharaan negara dan akan memberi kesan yang amat besar kepada rakyat terutama penjawat awam dan pihak swasta yang berhubungan dengan kerajaan seperti kontraktor. 

“Sekiranya tidak diluluskan, maka ada masalah untuk kerajaan menjalankan urusan pentadbiran negara, pembayaran gaji kakitangan awam dan usaha berkaitan pembangunan serta menangani pandemik Covid-19, selain usaha memulihkan keadaan ekonomi akan menjadi masalah,” katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV hari ini. 

Shamrahayu berharap semua Ahli Parlimen boleh berkompromi dan bertoleransi untuk memastikan belanjawan tersebut diluluskan demi kepentingan dan kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara.

“(Bayangkan) Situasi jika penjawat awam tiada gaji, tentunya implikasinya lebih besar, daripada apa yang dihujahkan oleh Ahli Parlimen yang tidak mahu menyokong RUU ini.

“Secara lurusnya, kita perlu luluskan RUU ini, mengimbangi kesan ekonomi terhadap rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam dan kehendak-kehendak yang dituntut oleh Ahli Parlimen yang menyuarakan pandangan mereka untuk tidak mahu menyokong RUU ini,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai kemungkinan Belanjawan 2021 tidak diluluskan selepas Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengemukakan beberapa tuntutan sebagai sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 6 November lalu.

Antara tuntutannya ialah membenarkan pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman institusi kewangan, selain mempertikaikan cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa (JASA) dengan peruntukan besar. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasionalbelanjawan 2021Penjawat Awamperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemulihan Ekonomi Tak Semudah Cetak Wang

Next Post

KWSP: “Kalau Saya Menteri Kewangan, Saya Beri Kata Dua”

Related Posts

Himpunan Turun Anwar: Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti, Etika – Peguam Negara

Himpunan Turun Anwar: Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti, Etika – Peguam Negara

26/07/2025
0

MACHANG - Jabatan Peguam Negara menasihatkan penjawat awam agar tidak melibatkan diri dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung pada Sabtu,...

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

23/07/2025
0

SHAH ALAM - Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak...

Next Post

KWSP: "Kalau Saya Menteri Kewangan, Saya Beri Kata Dua"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd