Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pertahankan Rumah UMNO, Jangan...

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru...

Kerajaan Serius Bantu Tangani...

KUALA PILAH - Kerajaan komited dan serius dalam membantu rakyat, terutamanya di kawasan...

Senarai 10 Harta Karun...

BAYANGKAN anda sedang berjalan di dalam hutan dan terjumpa sebuah peti berisi kepingan...

Misi Cari MH370 Disambung...

KUALA LUMPUR – Interpretasi data sonar ke dalam latar imej boleh percaya merupakan...

i-Sinar Pilihan Terbaik Golongan Bersasar – Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kemudahan pengeluaran simpanan untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah program i-Sinar adalah pilihan terbaik kepada golongan bersasar bagi membantu mereka meneruskan kehidupan ketika pasca pandemik, demikian menurut ahli ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, skim itu bertujuan membantu golongan terjejas yang kehilangan pekerjaan dan menerima pemotongan gaji.

“Wujud keperluan dari segi bantuan wang dalam jangka sederhana dan mengeluarkan simpanan KWSP adalah antara kaedah untuk meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat keperluan untuk memastikan simpanan ahli KWSP bagi persaraan adalah terpelihara memandangkan rakyat pada masa ini mempunyai kecenderungan untuk hidup lebih lama.

Menurutnya, penyelarasan yang lebih baik membabitkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan adalah penting bagi memastikan semua individu tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan.

“Apa yang lebih penting pada masa ini ialah penyampaian langkah-langkah yang efektif seperti program pindahan wang menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bantuan kewangan bersasar oleh bank, geran, padanan pekerjaan dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MauKerja.my Ray Teng berkata, skim KWSP yang terkini itu perlu dimanfaatkan oleh mereka yang kehilangan pekerjaan dan berdepan masalah besar dalam aliran tunai.


“Terdapat kebaikan dan keburukannya dalam isu ini. Orang ramai mempunyai pilihan sama ada ingin memanfaatkan program ini atau tidak. Namun, sekiranya anda benar-benar memerlukan wang dan tiada kaedah lain, anda perlu memanfaatkan program ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, i-Sinar hanyalah langkah sementara kepada golongan yang terlibat untuk menggunakan simpanan persaraan mereka dan terus bertahan dari segi kewangan.

“Sudah tentu, sekiranya anda memilih untuk tidak menggunakan simpanan anda melalui program i-Sinar ini, KWSP akan mempunyai lebih banyak wang untuk pelaburan yang akan memberi kebaikan kepada kita dari segi dividen pada masa depan,” kata Teng.

Pada Isnin, KWSP mengumumkan bahawa i-Sinar akan memberi manfaat kepada dua juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan disediakan.

Bagi ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam akaun satu, mereka akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000, manakala ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam akaun satu, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. – BERNAMA

Kategori