• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih – Najib

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Barisan Nasional menggunakan “segala saluran” bagi mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP secara “one-off” dan melanjutkan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank secara automatik dan pukal, dan kini terpulang kepada Perikatan Nasional melaksanakannya, kata Datuk Seri Najib Razak.

Selain membawa 2 tuntutan itu di Parlimen dan berkempen di media sosial, ketua Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu juga bertemu dan berbincang dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada awal minggu ini untuk mengariskan langkah bagaimana ia boleh dilaksanakan.

Menurut Najib, ia boleh dilaksanakan tanpa memberi impak besar kepada simpanan masa tua pencarum, bank-bank, belanjawan atau kewangan kerajaan dan kenapa ianya mampu menyelamatkan ekonomi negara.

“Secara jujur, BN telah menggunakan segala saluran sedia ada untuk menegaskan kenapa kedua-dua keperluan ini perlu ditambah baik dan dilaksanakan dengan serta-merta seiring dengan hasrat rakyat. Soal nak buat atau tidak kini berada dalam tangan pemimpin tertinggi kerajaan PN maka terpulanglah kepada mereka.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,” tulisnya di Facebook.

Najib pada Selasa lepas mengumumkan sokongan ahli Parlimen BN kepada Belanjawan 2021 tertakluk kepada pindaan dibuat.

Syaratnya ialah kerajaan membolehkan pencarum mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP secara “one-off”, dan meluluskan moratorium automatik untuk bayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan.

BN mempunyai 43 ahli Parlimen dan sokongan mereka amat diperlukan perdana menteri untuk Belanjawan 2021 diluluskan memandangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai majoriti 2 kerusi di Dewan Rakyat. – FMT

Tags: KWSPmoratoriumNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hadiah Kereta Mewah ‘Beli’ Hati Anggota Imigresen

Next Post

Pengkhianat: Shahrir Persoal Shahidan Ketuai PNBBC

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Pengkhianat: Shahrir Persoal Shahidan Ketuai PNBBC

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd