• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Jual Tanah, Annuar Musa Akan Saman Kok Wai

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan penjualan 42 plot tanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sejak Mac lalu disifatkan sebagai fitnah dan tuduhan berat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, ketika menegaskan perkara itu berkata peguamnya sudah diarahkan untuk segera mengambil tindakan perundangan.

Katanya, langkah sedemikian perlu dilakukan kerana tuduhan, kononnya DBKL terbabit dengan transaksi penjualan 42 plot tanah mencetuskan pelbagai kekeliruan dan kritikan dalam kalangan masyarakat.

“Saya ingin tegaskan, sehingga saat ini, tiada satu pun permohonan daripada DBKL sampai kepada saya, untuk menjual aset atau tanah oleh DBKL.

“Cukup kecewa apabila persoalan sebegini sepatutnya boleh ditimbulkan dalam dewan dan boleh berikan jawapan atau pencerahan.

“Tetapi disebabkan ia diutarakan di luar Parlimen, maka ia tertakluk kepada undang-undang tertentu dan saya sudah arahkan peguam untuk ambil tindakan undang-undang mengikut jalur dan proses sedia ada,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai bahawa 42 plot tanah DBKL dijual dalam tempoh lapan bulan, sejak Annuar dilantik sebagai menteri pada Mac lalu.

Kelmarin pula, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Wong, dilaporkan berkata kaedah penyelesaian 97 transaksi penjualan tanah milik DBKL sejak 2011 didapati tidak merujuk kepada sebarang prosedur operasi standard (SOP).

Berdasarkan prosiding dijalankan PAC, proses penjualan dikendalikan pihak berkuasa tempatan itu terlalu longgar, terdedah kepada penyalahgunaan kuasa dan kurang melindungi kepentingan DBKL serta warga Kuala Lumpur.

Difahamkan, DBKL setakat ini menerbitkan tiga notis bagi mengubah Pelan Bandar KL 2020, dengan terbaharu membabitkan 33 plot tanah, manakala dua notis sebelum ini, masing-masing meliputi tiga dan enam plot. – BH Online

Tags: Annuar MusaDBKLpenjualan tanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd