• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Hari Ini Bersidang Hingga 3 Petang

oleh
25/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan satu jam sehingga 3 petang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

“Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis, 5 November 2020, dan mengikut peraturan 12 (1), saya dengan ini memohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini, Rabu 25 Nov 2020, tidak akan ditangguhkan sehingga 3 petang ini,” katanya, dan disokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Sebelum ini, Takiyuddin mengemukakan usul mencadangkan persidangan Dewan Rakyat pada Isnin, 9 November hingga Selasa, 15 Disember berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang dan usul penangguhan itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 12(1). 

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Selain sesi soal jawab, persidangan hari ini akan diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat. 

Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Kpl Baharuddin Ramli daripada Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi semalam. 

Ucapan itu dizahirkan beliau sebelum sesi soal jawab bermula.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, Baharuddin, 54, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis.

Seorang lagi anggota PGA, Kpl Norihan a/l Tari, 39, turut mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd