• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Depp Dapat Gaji Penuh RM41 Juta, Meskipun Digugurkan

oleh
10/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Aktor Johnny Depp, 57, akan menerima bayaran penuh sekurang-kurangnya RM41 juta daripada Warner Bros. meskipun dia hanya terbabit satu babak sahaja dalam penggambaran Fantastic Beasts 3 selepas digugurkan dari filem itu.

Syarikat produksi terbabit dikehendaki membayar gaji penuh kepadanya, walaupun dia tidak lagi memegang watak Gellert Grindelwald dalam filem fantasi itu yang memulakan penggambaran sejak 20 September lalu.

Depp memiliki peruntukan khas wajib bayar dalam kontraknya dan berhak mendapat bayaran penuh walau apa terjadi kepada filem itu. Ia termasuk, sama ada filem itu dihentikan atau wataknya digantikan dengan pelakon lain.

Terdahulu, kekalahan Depp dalam perbicaraan kesnya dengan bekas isteri, Amber Heard dilaporkan menjadi punca namanya digugurkan daripada terus terbabit dalam penggambaran Fantastic Beasts 3.

Keputusan mahkamah tinggi London memihak kepada Amber, berkenaan tuduhan dia dikasari Depp sepanjang dalam rumah tangga mereka. Menurut mahkamah, laporan akhbar The Sun yang mengatakan aktor itu melakukan keganasan hakikatnya adalah benar.

Bagaimanapun, Depp menerusi kenyataannya merancang akan membuat rayuan terhadap tuduhan dilakukan bekas isteri terhadapnya.

“Saya berhajat untuk terus membuktikan bahawa tuduhan ke atas saya itu adalah palsu. Hidup dan karier saya tidak akan ditakrifkan dengan situasi yang berlaku sekarang,” katanya. – Agensi

Tags: Fantastic Beasts 3GajiJohnny Depp
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,345 Pulih, 8 Kematian, 972 Positif Covid-19

Next Post

2 Mayat Ditemukan Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

01/05/2024
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember...

Next Post

2 Mayat Ditemukan Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd