• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Jeffrey Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan

oleh
25/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Jeffrey yang juga ahli Parlimen Keningau berkata surat pelepasan bertarikh semalam (23 November), ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.

“Mana-mana individu yang dikuarantin boleh meminta pelepasan lebih awal, bergantung kepada persetujuan daripada Kementerian Kesihatan dan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan diperlukan.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Oleh itu, tidak timbul masalah ketidakpatuhan dan isu berat sebelah kerana pelepasan awal itu tidak bersifat politik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen pembangkang mempersoalkan kehadiran Jeffrey di dalam dewan selepas beliau didakwa belum menghabiskan tempoh kuarantin wajib 14 hari sejak tiba dari Sabah.

Menurut surat pelepasan itu, Jeffrey dikehendaki menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah bermula 12 hingga 25 November, namun dilepaskan daripada perintah kuarantin itu dua hari sebelum tarikh tamat tempoh selepas didapati keadaan kesihatannya memuaskan. 

Jeffrey berkata keputusan dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang telah menjalankan beberapa ujian calitan dan ujian darah sejak beliau tiba di Kuala Lumpur pada 12 November lepas.

Beliau juga menafikan dakwaan yang dirinya masih berada di Sabah pada 13 November dan tuduhan itu disifatkannya sebagai berniat jahat dan fitnah bertujuan merosakkan reputasi dan karakternya. – BERNAMA

Tags: Covid-19jeffrey kitingankuarantin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Pentadbiran Daripada BN Sokong Bajet 2021

Next Post

Palsu Cap Sempadan: Sudah Beri RM1 Juta Sejak 2017

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Palsu Cap Sempadan: Sudah Beri RM1 Juta Sejak 2017

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd