• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Butir Perjanjian Penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs Rahsia

oleh
18/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak boleh mendedahkan perincian perjanjian penyelesaian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs kepada Ahli Parlimen kerana dikekang dengan terma kerahsiaan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata ia selari permohonan yang dikemukakan Goldman Sachs dalam proses penyelesaian berkenaan.

“Berdasarkan perjanjian penyelesaian antara Kerajaan Malaysia, 1MDB dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) dengan Goldman Sachs, wujud klausa tertentu yang digariskan.

“Ia antara lain memperuntukkan bahawa segala terma dan syarat dalam perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs terikat dengan klausa kerahsiaan, melainkan dipersetujui sebaliknya oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu.

“Klausa kerahsiaan ini juga terpakai bagi peruntukan mengenai jaminan AS$1 bilion daripada Goldman Sachs ke atas aset yang dicuri.

“Oleh itu, kerajaan tidak dapat membenarkan akses bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap Malaysia kerana melanggar terma perjanjian,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) sama ada Ahli Parlimen boleh diberikan akses penuh kepada syarat penuh perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs dan perincian aset yang dicuri, bernilai AS$1.4 bilion.

Bersandarkan inti pati perjanjian pada Julai lalu, Goldman Sachs dikehendaki membayar AS$2.5 bilion (RM10.5 bilion), selain memberi jaminan untuk mengembalikan aset 1MDB bernilai AS$1.4 bilion (RM5.9 bilion) yang disita oleh pihak berkuasa di seluruh dunia, sebagai pertukaran untuk Malaysia menggugurkan pertuduhan terhadap bank berkenaan.

Perjanjian itu membantu bank berkenaan melangkah keluar daripada skandal terburuk sejak krisis kewangan, manakala Malaysia mendapat semula sejumlah AS$4.5 bilion yang didakwa hilang daripada 1MDB ketika Malaysia memerlukan dana untuk melaksanakan pakej rangsangan berskala besar.

Sementara itu, Wong Chen menerusi sidang media di Parlimen mempersoalkan sama ada butiran perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Sekiranya tidak, saya minta untuk wujudkan satu jawatankuasa bipartisan yang terdiri daripada 10 Ahli Parlimen untuk meneliti isi perjanjian penyelesaian itu.

“Sekiranya Takiyuddin menegaskan bahawa permintaan ini dianggap melanggar klausa kerahsiaan, saya ingin meminta pendirian Peguam Negara berhubung permintaan untuk merahsiakan butiran ini, sama ada wujud kesan perundangan atau sebaliknya.

“Saya sangat ragu bahawa Goldman Sachs yang terbabit dalam jenayah 1MDB akan berani mengambil tindakan undang-undang untuk menghalang akses kepada Ahli Parlimen bagi meneliti isi perjanjian penyelesaian ini,” katanya. – BH Online

Tags: 1MDBAhli ParlimenGoldman Sachs
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd