Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Mula Operasi...

MELAKA - Syarikat penerbangan Malindo Air hari ini memulakan operasi di Lapangan Terbang...

Zahid Gesa Pertingkat R&D...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar penyelidikan dan...

Mat Yo Gagal Ambil...

Ekoran kegagalan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurkan sepakan...

Juruterbang Digantung Tugas, Aksi...

TERIMA padah. Seorang juruterbang British Airways (BA) telah digantung tugas selepas gambar-gambar yang memaparkan...

Boleh Mohon Tak Jalani Kuarantin Wajib 14 Hari – KKM

PUTRAJAYA – Individu yang disahkan negatif COVID-19 dan diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari boleh memohon dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memendekkan tempoh kuarantin jika mempunyai sebab yang munasabah. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata permohonan itu akan dibincangkan oleh satu jawatankuasa dan penilaian risiko akan dilakukan terhadap individu terbabit sebelum kebenaran memendekkan tempoh kuarantin diberikan. 

Beliau berkata, berbeza dengan negara lain termasuk negara jiran yang mengenakan tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari untuk kes COVID-19, KKM mengambil pendekatan untuk mengenakan tempoh kuarantin wajib selama 14 hari.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Kita ada pertimbangan untuk menggunakan Seksyen 15 (1) Akta 342 iaitu seorang pegawai diberi kuasa boleh memerintah supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang lain. 

“Kalau ada permohonan dihantar kepada kita dan jawatankuasa akan melihat. Kita ada juga memberi pertimbangan untuk memendekkan tempoh contohnya hari ke-12 dan ke-13 berikutan ada yang perlu menduduki peperiksaan atau urusan pernikahan. 

“Apa yang pasti, ujian hari ke-13 akan diawalkan ke hari ke-12 atau ke-11. Jika ujian negatif atau tidak bergejala dan penilaian risiko mendapati tiada risiko, barulah kita pertimbangkan menggunakan peruntukan Akta 342. Itulah pertimbangan yang diberikan oleh KKM,” katanya pada sidang media harian, COVID-19, di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kriteria KKM memberi kebenaran memendekkan tempoh kuarantin membabitkan individu dari Sabah. 

Dr Noor Hisham sebelum ini memaklumkan tujuh peratus daripada mereka yang pulang dari Sabah dikesan positif pada hari ke-13. 


Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, jika KKM tidak menerima sebarang permohonan, individu terbabit masih perlu meneruskan kuarantin selama 14 hari seperti ditetapkan kementerian itu. 

Beliau berkata, antibodi Immunoglobulin M (IgM) hanya akan muncul dalam tubuh pesakit pada hari kelima, manakala Immunoglobulin G (IgG) pada hari ketujuh, dan jika ia tidak dikesan pada hari ke-12, ia juga tidak akan dikesan pada hari ke-13. 

Pada masa sama, beliau berkata, KKM akan menilai semula tindakan kesihatan awam yang akan dilaksanakan terhadap pengembara pulang dari Sabah selepas kes COVID-19 di negeri itu semakin stabil. 

Katanya, ketika ini, kes positif baharu di Selangor dan Negeri Sembilan melebihi kes baharu di Sabah yang sudah mulai menunjukkan penurunan kes sekitar 300 kes, namun tiada sesiapa yang keluar dari kedua-dua negeri itu dikenakan ujian saringan dan diperintahkan untuk menjalani kuarantin wajib. 

“Sabah adalah sebuah negeri, ia bukan sebuah negara,” katanya. – BH Online

Kategori