• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berilah Laluan Kepada UMNO

oleh
18/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO Perak mahu semua pihak berlapang dada dan memberi laluan kepada parti itu untuk menang tanpa bertanding di Parlimen Gerik susulan kematian penyandangnya, Isnin lepas.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia satu langkah paling baik dan mulia dapat dilakukan parti politik pada ketika negara kembali berdepan dengan penularan koronavirus (Covid-19).

Tambahan pula katanya, pertandingan antara parti di kerusi itu nanti tidak akan mengubah kedudukan kerajaan sedia ada pada hari ini.

“Tidak ada salah adakan pilihan raya kecil (PRK), cuma harapan saya apalah salah kiranya kita kekalkan kepada calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.

“Sebagai calon tunggal maka tidak perlu untuk kita bertungkus lumus turun padang, berkempen jumpa orang ramai yang mana kita tahu salah satu punca tersebarnya Covid-19.

“Kalau dapat diterima maka pakailah, apalah makna sebuah negara demokrasi kalau kita semua dapat musibah daripada wabak ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau meluahkan keyakinan rakan komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyokong serta merestui calon daripada BN untuk mengisi kekosongan kerusi terbabit.

Menurutnya, sepertimana ditunjukkan dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan Slim sebelum ini, tiga parti induk itu saling bersetuju memberi keutamaan kepada parti di kerusi tradisi untuk bertanding.

“Kalau ambil kira apa yang berlaku sebelum ini, saya yakin di Gerik pun sama kerana kerusi itu adalah tradisinya milik UMNO.

“Pihak pembangkang pula sama ada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah lebih mulia tidak bertanding,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Parlimen GerikPilihan Raya Kecilumno perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Kekal Tak Sertai Statut Rom

Next Post

Dewan Rakyat Kemuka Kekosongan Kerusi Parlimen Gerik

Related Posts

Isu Jawatan Presiden, Timbalan Presiden: UMNO Perak Belum Buat Keputusan

Isu Jawatan Presiden, Timbalan Presiden: UMNO Perak Belum Buat Keputusan

30/12/2022
0

IPOH – UMNO Perak belum membuat sebarang keputusan berhubung isu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedang hangat diperkatakan menjelang...

Tempoh Darurat Tak Boleh Bubar Parlimen, Buat Pilihan Raya

25/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Tiada pilihan raya umum (PRU) atau kecil (PRK) boleh diadakan mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 walaupun...

Next Post

Dewan Rakyat Kemuka Kekosongan Kerusi Parlimen Gerik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd