Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Lirik Lagu Alasanmu Sentuh...

TANPA jawatan perdana menteri, bukan alasan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak berdiam...

2 Beranak Maut Nahas...

KINABATANGAN - Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan...

Video: Lelaki Tua Tunjuk...

SEORANG lelaki tua yang menunjukkan kemahirannya bermain dram menggunakan sudu dan gelas di...

Usaha Perangi Denggi Di...

SANDAKAN - Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mempergiatkan usaha memerangi wabak demam denggi di...

Malaysia Kekal Tak Sertai Statut Rom

KUALA LUMPUR – Malaysia ketika ini masih kekal dengan pendirian yang dibuat kerajaan terdahulu untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, keputusan itu dibuat berpandukan kehendak majoriti rakyat di negara ini.

Menurutnya, Malaysia pada 24 Mac tahun lalu telah menyertai Statut Rom, namun kerajaan terdahulu iaitu Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk menarik diri pada 5 April tahun sama.

“Lanjutkan daripada keputusan tersebut, Kementerian Luar Negeri telah mengemukakan surat penarikan penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 April 2020.

“Pada 15 Mei 2019, PBB telah mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia daripada Statut Rom yang berkuatkuasa pada 29 April 2019 iaitu tarikh surat penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom.


“Sehubungan itu, Malaysia telah dikeluarkan secara rasmi daripada senarai negara pihak kepada Statut Rom. Setakat hari ini, kerajaan masih mengekalkan pendirian yang dibuat oleh kerajaan yang lepas,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai kedudukan Malaysia terhadap Statut Rom dan kebarangkalian kerajaan akan bersetuju menganggotai ICC dalam masa terdekat.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Maria mengenai saluran yang akan digunakan Malaysia dalam memberikan respons mengenai isu kemanusiaan antarabangsa, Kamarudin menegaskan, Kementerian Luar Negeri sentiasa aktif menyuarakan pandangan melalui saluran sedia ada. – Sinar Harian

Kategori