• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Kira Semua Faktor Putuskan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

oleh
05/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan akan membuat keputusan terbaik berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mengambil kira semua faktor sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ada perkara senang untuk dipertimbang, namun sesetengah perkara perlu diteliti secara terperinci.

“Isu pengeluaran KWSP menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu dan kerajaan menerima banyak tuntutan.

“Perdana Menteri pun sudah memberi sedikit gambaran semalam. Boleh lihat esok apa pengumuman yang dibuat.

“Kita tahu masa depan bukan mudah untuk pastikan kita ada simpanan mencukupi dan kerajaan perlu melihat jalan terbaik kerana kita sedia maklum rakyat terhimpit dan kerajaan mesti melihat perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan bersetuju mengkaji saranan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 KWSP bagi membantu rakyat berdepan kesusahan dan benar-benar memerlukan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara membabitkan KWSP sememangnya isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1.

Mustapa berkata, KWSP mempunyai dua akaun, iaitu satu akaun persaraan ketika 55 tahun dan akaun kedua boleh dikeluarkan untuk tujuan seperti pembelian rumah dan pendidikan.

“Isunya kira-kira 70 peratus yang menyimpan mempunyai simpanan kurang RM50,000 dan ia peratusan amat besar.

“Setakat ini KWSP mempunyai keahlian seramai 14.5 juta, namun yang masih mencarum hanya 8 juta saja.

“Ia simpanan hari tua dan memandangkan jangka hayat kita semakin panjang, ia perlukan wang mencukupi untuk hari tua. Disebabkan itu kita harus mempunyai jumlah duit mencukupi,” katanya. – BH Online

Tags: KWSPMustapa Mohamedwang simpanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd