• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Harap Belanjawan 2021 Berpaksi Kebajikan Rakyat

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan parti politik di negara ini atas semangat bipartisan serta pemuafakatan berkaitan penyediaan Belanjawan 2021.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berharap agar kerajaan dapat memperhalusi dengan sebaik-baiknya cadangan yang dikemukakan bagi merangka belanjawan yang bersifat inklusif dan komprehensif, berpaksikan kebajikan rakyat, pemulihan ekonomi negara serta pembendungan efektif wabak koronavirus (Covid-19).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan penyediaan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November nanti.

Menurutnya, dalam majlis menghadap yang berlangsung selama 70 minit bermula pada jam 3 petang tadi di Istana Negara, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat ringkas mengenai kedudukan ekonomi dan fiskal negara.

“Seri Paduka Baginda juga turut dimaklumkan mengenai usaha Kementerian Kewangan bagi penyediaan Belanjawan 2021 sejak bulan Julai lalu melalui lebih 40 sesi libat urus.

“Yang melibatkan lebih 2,000 individu dan wakil perniagaan termasuk para wakil daripada parti-parti politik negara yang telah diadakan baru-baru ini,” katanya.

Majlis menghadap itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah berpendapat amalan kematangan berpolitik dengan mengetepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi amatlah penting pada ketika ini.

Menurutnya, ia demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak Covid-19.

“Sesungguhnya, semangat-semangat sebegini adalah selaras dengan budaya syura yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana yang telah dipamerkan oleh Raja-Raja Melayu dalam sesi Perbincangan Khas di Istana Negara pada 25 Oktober lalu.

“Dalam keadaan kita menghadapi situasi yang sukar dan genting ini, adalah wajar kita mendahulukan kemaslahatan masyarakat umum di atas kepentingan individu secara khusus.

“la sejajar dengan kaedah fiqh dengan merujuk kepada Al-Muwafaqat (jilid 3, muka surat 88) yang bermaksud, mengambil kira kemaslahatan umum adalah lebih didahulukan daripada mengambil kira maslahah khusus,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Al-Sultan Abdullah berharap agar semangat kerjasama yang dizahirkan oleh pelbagai pihak dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan negara. – Sinar Harian

Tags: belanjawan 2021Yang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd