• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

919 Kes Baharu Covid-19, 996 Pulih, 1 Kematian

oleh
12/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 919 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 43,791 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 11,419 kes.

Menurutnya, Sabah mencatatkan 319 kes daripada keseluruhan kes hari ini, manakala Lembah Klang (224) dan Negeri Sembilan (240), Pulau Pinang (63), Sarawak (8), Perak (9), Johor (8), Melaka (8), Kedah (3) dan Kelantan (2).

“Sebanyak 13 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara iaitu Kluster Penjara Seberang Perai serta Kluster PTS Tawau.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, terdapat tiga kes import membabitkan dua warganegara dan satu bukan warganegara yang mendapat jangkitan dari Indonesia, Nigeria, Arab Saudi,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 996 kes pulih pula yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 32,069 kes atau 73.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Selain itu, katanya, terdapat 92 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 303 kes.

Kes kematian ke-303 (kes ke-42,012) itu membabitkan lelaki bukan warganegara berusia 66 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd