• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

834 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian

oleh
02/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini kekal tiga angka apabila mencatatkan 834 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33,339 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu itu, tiga kes membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala selebihnya adalah kes penularan tempatan.

Beliau berkata, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 503 kes.

“Negeri lain iaitu Selangor (129 kes), Labuan (105), Pulau Pinang (21), Kuala Lumpur (20), Negeri Sembilan (16), Sarawak (14), Johor (8).

“Selain itu, Putrajaya (6), Kedah (3), Perak (3), Kelantan (2) dan Pahang (1).

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 9,968 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, seramai 91 pesakit positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, sebanyak 900 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 23,120 kes atau 69.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia mencecah 251 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Kes kematian ke-250 (kes ke-16,576) membabitkan lelaki tempatan berusia 88 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit Osteoartritis. Beliau meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah.

“Kes kematian ke-251 (kes ke-14,013) membabitkan wanita berusia 75 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd