• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

822 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian Hari Ini

oleh
11/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 822 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 42,872 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,497 kes.

“Untuk makluman, Sabah mencatatkan sebanyak 259 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes (24.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, setakat ini terdapat 86 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19. 

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 302 kes iaitu 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 769 kes pulih pula direkodkan hari ini dengan menjadikan keseluruhan kes pulih di negara ini ialah 31,073 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd