• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

69 Peratus Penduduk Islam AS Undi Biden

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Majoriti penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS) iaitu 69 peratus, memilih calon Demokrat Joe Biden dalam pertarungan untuk menguasai Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu.

Ia berdasarkan tinjauan Majlis mengenai Hubungan Amerika-Islam (CAIR).

Pertubuhan hak dan sokongan masyarakat Islam terbesar di AS itu melaporkan tahun ini menyaksikan jumlah pengundi Islam yang ramai dengan penyertaan sebanyak 84 peratus.

Hanya 17 peratus dari 844 pengundi berdaftar yang mengambil bahagian dalam tinjauan mengatakan mengundi Presiden Donald Trump. 

“CAIR ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih sejuta pengundi Islam Amerika yang keluar mengundi, mencatat rekod pada pilihan raya kali ini,” kata Pengarah Eksekutif CAIR Nihad Awad dalam satu kenyataan.

“Pengundi dalam kalangan komuniti Islam boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya – termasuk pemilihan presiden – diakui oleh calon dan media,” tambah Awad.

Jutaan rakyat Amerika mengundi pada pilihan raya AS 2020 pada Selasa untuk memilih presiden dan wakil kongres. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatJoe Bidenpenduduk islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd