• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti enam kluster baharu di Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripada kluster baharu itu dikesan di Sabah iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis di Sandakan dan Lahad Datu serta Kluster Sepanggar di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau berkata, selain itu, Kluster Aero di Petaling, Selangor; Kluster Lengkuk membabitkan daerah Sepang, Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Kluster Gading yang dikesan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Seremban.

“Kluster Penjara Sandakan dikesan kes indeks ke-29,176 hasil saringan banduan pada 27 Oktober lalu. Saringan kontak rapat mengesan 38 lagi kes positif Covid-19 dan sehingga hari ini 293 individu disaring.

“Daripada jumlah itu 39 kes dikesan positif Covid-19 (34 kes baharu) dan 254 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Dialisis pula dikesan menerusi tiga kes indeks di Lahad Datu dan Sandakan hasil saringan petugas kesihatan pada 23 Oktober lalu. 

Beliau berkata, saringan kontak rapat mengesan 16 lagi kes positif Covid-19 dan semua kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. 

“Sehingga hari ini seramai 49 individu disaring apabila 19 kes dikesan positif Covid-19 dan 30 individu dikesan negatif.

“Kluster Sepanggar pula dikesan menerusi kes indeks ke-25,339 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober lalu dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran Mara (IKM), Sepanggar, Sabah. 

“Saringan kontak rapat mengesan tujuh lagi kes positif dan sehingga hari ini, 95 individu disaring termasuk lapan kes dikesan positif, 1,986 individu dikesan negatif dan satu individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Aero pula membabitkan daerah Petaling hasil saringan kontak rapat pada 3 November lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. 

Menurutnya, saringan kontak rapat mengesan 10 lagi kes positif Covid-19 dan sehingga hari ini, 95 individu disaring termasuk 11 kes dikesan positif Covid-19 dan 84 individu dikesan negatif.

“Kluster Lengkuk pula membabitkan daerah Sepang, Seremban, Port Dickson serta Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini ialah kes ke-29916 dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. 

“Saringan kontak rapat mengesan 23 lagi kes positif dan sehingga hari ini, 86 individu disaring apabila 24 kes dikesan positif manakala 62 individu dikesan negatif,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Gading pula membabitkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. 

Menurutnya, kes indeks bagi kluster ini ialah kes ke-30,090 dikenal pasti positif hasil saringan kontak rapat pada 29 Oktober lalu. 

“Saringan kontak rapat mengesan enam lagi kes positif dan semua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. 

“Sehingga hari ini, 32 individu disaring apabila tujuh kes dikesan positif, lapan dikesan negatif dan 17 individu masih menunggu keputusan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd