• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Negeri Terima RM61.32 Bilion Hasil Petroleum

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dari 2008 hingga 2020 adalah RM61.32 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad, berkata jumlah bayaran tunai hasil petroleum yang disalurkan kepada Sarawak dan Sabah bagi tempoh 2008 hingga Ogos 2020 adalah masing-masing RM25.3 bilion dan RM13.2 bilion.

Bayaran khas petroleum kepada Terengganu dan Kelantan bagi tempoh yang sama masing-masing sebanyak RM22.4 bilion dan RM418.9 juta, katanya dalam jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) mengenai jumlah bayaran royalti minyak dan gas yang diterima kerajaan Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu mulai 2008 sehingga 2020.

Mustapa berkata, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus masing-masing kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Bagi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu pula, Petronas menyalurkan bayaran kepada Kementerian Kewangan yang seterusnya membuat bayaran kepada kedua-dua negeri itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanpetroleumSabahsarawakTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd